Saturday, October 3, 2009

KURSUS BIL 13/2009 NOVEMBER 2009





Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sukacita dimaklumkan Kursus Fertigasi Bil 13/2009 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah.

Tarikh   :  21 November 2009 (Sabtu)
Masa     :  9 pagi hingga 5 petang
Tempat :  Bilik Menyuarat 2, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Kursus merangkumi 50% teori dan 50% praktikal. Peserta akan membawa pulang Kit Ujian bagi pemantauan berterusan.

Peserta juga layak untuk mendapatkan bekalan peralatan pada harga istimewa sepanjang masa.

Yuran Kursus adalah RM200 seorang. Bagi pendaftaran 2 orang atau lebih, diskaun istimewa 10% bagi setiap peserta. Contoh 1 peserta = RM200, jika 2 peserta = 2 x RM200 = RM400 ditolak RM40 (10% diskaun) = RM360. Yuran termasuk minum pagi dan makan tengah hari dan bahan kursus.

Sila hubungi Faidzal di 017-2388381 untuk tempahan dengan bayaran yuran komitmen RM50 setiap seorang terus ke akaun dan baki bayaran pada hari kursus. Tempat adalah terhad kepada 20 peserta sahaja. Sila sahkan tempat kursus dengan bayaran komitmen segera.