Tuesday, November 24, 2009

KURSUS BIL 14/2009 DISEMBER 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sukacita dimaklumkan Kursus Fertigasi Bil. 14/2009 pengkhususan pada tanaman cili merah akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:


Tarikh : 19 Disember 2009 (Sabtu)
Masa  : 9 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Putrajaya (Presint 9@11@16).
Lokasi muktamad akan dimaklumkan melalui sms beberapa hari sebelum kursus bermula.


Tempat adalah terhad kepada maksima 20 peserta.


Bagi anda yang ingin membuat tempahan tempat awal, boleh hubungi Faidzal melalui sms, emel atau telefon di 012-6667699 / 017-2388381 atau agrofastforward@yahoo.com.my. Seperti biasa, tempahan awal adalah dengan yuran komitmen RM50 terus ke akaun bank dan baki RM150 pada hari kursus. Yuran termasuk minum pagi dan makan tengahhari. Peserta akan membawa pulang Kit Ujian dan Sijil Penyertaan.


Untuk makluman semua, selain dari tanaman cili, menggunakan sistem yang sama, anda juga boleh menanam sayuran lain seperti terung, timun, bendi, kacang panjang dan banyak lagi tanpa perubahan sistem untuk tujuan kepelbagaian tanaman.

"Pertanian adalah Perniagaan"

Sunday, November 15, 2009

Aturcara Kursus 13/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Disertakan aturcara kursus pada 21 November 2009 (Sabtu) untuk rujukan

YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari. Diskaun 10% untuk penyertaan 2 orang atau lebih)
 Aturcara Program
 8.30 pg Pendaftaran Peserta
 9.00 pg Modul Teori
             - Pengenalan
             - Alatan Asas Fertigasi
             - Pemilihan Benih Cili
             - Penyediaan Anak Benih
             - Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan

10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)
             - Proses Penjagaan Pokok
             - Proses Kutipan Hasil & Pemasaran
             - Rumah Lindungan Hujan
1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)
2.30 ptg Praktikal Pemasangan
             - Penyediaan media dan pemindahan anak pokok
             - Pemasangan Sistem Fertigasi
5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil
5.30 ptg Bersurai