Sunday, March 1, 2009

Program Kursus

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya sertakan semula aturcara kursus sebagai rujukan

YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari)

 Aturcara Program

 8.30 pg Pendaftaran Peserta

9.00 pg Modul Teori

- Pengenalan

- Alatan Asas Fertigasi

- Pemilihan Benih Cili

- Penyediaan Anak Benih

- Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan

 

10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)

- Proses Penjagaan Pokok

- Proses Kutipan Hasil & Pemasaran

- Rumah Lindungan Hujan

1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)

2.30 ptg Praktikal Pemasangan

- Penyediaan media dan pemindahan anak pokok

- Pemasangan Sistem Fertigasi

5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil

5.30 ptg Bersurai

 

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kasual (bukan formal), 50% Teori dan 50% praktikal. Setiap peserta juga digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti praktikal.

 

Di akhir program ini, peserta diharapkan dapat

- Memahami bagaimana teknologi Sistem Fertigasi berupaya membantu peserta dalam mengusahakan projek pertanian moden,

- Berupaya dan yakin dalam kerja-kerja pemasangan sistem,

- Berupaya memulakan projek cili fertigasi sama ada skala kecil atau besar,

- Memahami kaedah penjagaan tanaman.

 

Peserta juga akan dibekalkan setiap seorang untuk dibawa pulang

1- 2 polibeg beserta anak pokok cili yang dipindahkan sendiri oleh peserta,

2- 1 liter Baja Fertigasi AB yang telah dicairkan mencukupi 3 bulan.


Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu menghubungi saya melalui emel agrofastforward@yahoo.com.my atau telefon/sms : 017-2388381 untuk mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran deposit berjumlah RM50 (tidak dipulangkan) sebagai komitmen menghadiri kursus tersebut. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

CIMBClick : 1-60100-01025-058 : Mohd Faidzal Abu
Maybank 2U : 5-66010-10358-6 : Mohd Faidzal Abu

Setelah pembayaran deposit dilakukan sila sms/emel butiran pembayaran untuk semakan dan rekod beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, dan No Telefon. Baki RM150 perlu dibayar pada hari kursus. Resit pembayaran yuran kursus akan diberikan semasa pendaftaran nanti. Semakan senarai peserta boleh dilakukan selepas 2 hari dari tarikh pembayaran di http://pesertakomitmen.blogspot.com