Monday, March 23, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan satu kursus fertigasi  akan diadakan di Institut Teknologi Perindustrian, Johor khusus untuk warga Johor yang ingin mendalami ilmu mengenai tanaman fertigasi. Kursus ini dianjurkan oleh Saudara Yusof. Saya dan Ashraf dijemput untuk menyampaikan ceramah.

JOHOR (1/2009)

TARIKH : 26 April 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : Institut Teknologi Perindustrian, Johor

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Yusof di 019-7723790 atau rujuk ke http://tempeaping.blogspot.com/ .

Jangan lepaskan peluang ini kerana kursus di Johor diadakan berdasarkan permintaan sahaja.

Sekian terima kasih.


Sunday, March 15, 2009

Kursus Bulan April 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih di atas permintaan yang amat baik dari anda semua. Bagi memenuhi permintaan, kami senaraikan kursus yang akan diadakan pada bulan April 2009.

Tarikh : 11 April 2009
Lokasi : Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya

Tarikh : 25 April 2009
Lokasi : Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya

Untuk makluman, anda yang berminat boleh menempah dengan bayaran RM50 komitmen (tidak dipulangkan) untuk menghadiri kursus bermula sekarang. Setelah bilangan peserta mencukupi, pendaftaran akan ditutup. Sila rujuk http://affepesertakomitmen.blogspot.com untuk menyemak senarai peserta yang telah mendaftar.

Sekian harap maklum.

Sunday, March 1, 2009

Program Kursus

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya sertakan semula aturcara kursus sebagai rujukan

YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari)

 Aturcara Program

 8.30 pg Pendaftaran Peserta

9.00 pg Modul Teori

- Pengenalan

- Alatan Asas Fertigasi

- Pemilihan Benih Cili

- Penyediaan Anak Benih

- Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan

 

10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)

- Proses Penjagaan Pokok

- Proses Kutipan Hasil & Pemasaran

- Rumah Lindungan Hujan

1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)

2.30 ptg Praktikal Pemasangan

- Penyediaan media dan pemindahan anak pokok

- Pemasangan Sistem Fertigasi

5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil

5.30 ptg Bersurai

 

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kasual (bukan formal), 50% Teori dan 50% praktikal. Setiap peserta juga digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti praktikal.

 

Di akhir program ini, peserta diharapkan dapat

- Memahami bagaimana teknologi Sistem Fertigasi berupaya membantu peserta dalam mengusahakan projek pertanian moden,

- Berupaya dan yakin dalam kerja-kerja pemasangan sistem,

- Berupaya memulakan projek cili fertigasi sama ada skala kecil atau besar,

- Memahami kaedah penjagaan tanaman.

 

Peserta juga akan dibekalkan setiap seorang untuk dibawa pulang

1- 2 polibeg beserta anak pokok cili yang dipindahkan sendiri oleh peserta,

2- 1 liter Baja Fertigasi AB yang telah dicairkan mencukupi 3 bulan.


Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu menghubungi saya melalui emel agrofastforward@yahoo.com.my atau telefon/sms : 017-2388381 untuk mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran deposit berjumlah RM50 (tidak dipulangkan) sebagai komitmen menghadiri kursus tersebut. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

CIMBClick : 1-60100-01025-058 : Mohd Faidzal Abu
Maybank 2U : 5-66010-10358-6 : Mohd Faidzal Abu

Setelah pembayaran deposit dilakukan sila sms/emel butiran pembayaran untuk semakan dan rekod beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, dan No Telefon. Baki RM150 perlu dibayar pada hari kursus. Resit pembayaran yuran kursus akan diberikan semasa pendaftaran nanti. Semakan senarai peserta boleh dilakukan selepas 2 hari dari tarikh pembayaran di http://pesertakomitmen.blogspot.com