Wednesday, February 11, 2009

Pendaftaran Kursus Bulan Mac 2009 - Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak AFFE dan ABi Agro mengucapkan terima kasih di atas sambutan yang sangat menggalakkan terhadap kursus yang dianjurkan. Kursus bagi bulan Februari 2009 telah ditutup dan kini pendaftaran bagi bulan Mac dibuka.  Tarikh kursus ditetapkan pada 14 dan 28 Mac 2009.

Anda perlu membuat tempahan tempat dengan membuat bayaran komitmen RM50 (tidak dipulangkan) ke akaun Maybank atau CIMB yang telah dimaklumkan pada peringkat awal. Baki bayaran RM150 perlu dibayar pada hari kursus dijalankan. Seterusnya, anda perlu mengemukakan maklumat peserta iaitu Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, No Telefon dan emel untuk tujuan rekod dan sijil penyertaan.

Mulai bulan Mac 2009, peserta akan membawa pulang 
1. Anak pokok cili yang telah dipindahkan oleh peserta sendiri ke polibeg
2. 1 liter baja AB sedia untuk digunakan
3. Racun Serangga 

Bagi peserta yang telah membuat bayaran, nama penuh akan disenaraikan di menu Senarai Peserta Kursus bagi mengesahkan pendaftaran.

Sekian harap maklum.