Tuesday, January 20, 2009

Pertukaran Lokasi Kursus dan Bilangan Peserta

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pihak AFFE dan ABi Agro sebolehnya cuba memenuhi permintaan para peserta bagi menghadiri kursus yang dianjurkan.

Setelah mempertimbangkan dengan mengambilkira pelbagai aspek, Sukacita dimaklumkan had bilangan peserta telah ditingkatkan kepada  20 orang dan lokasi kursus dipinda ke Bilik Kelab- Dewan Serbaguna Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya berhampiran ALAMANDA berdasarkan kesesuaian tempat.

Ini bermakna anda yang berminat masih boleh mendaftar bagi kursus yang akan diadakan pada 24 Januari 2009 juga bagi 14 dan 28 Februari 2009. Bagaimanapun pengesahan kehadiran perlu dibuat selewatnya 2 hari sebelum tarikh kursus dengan menghubungi/sms/ emel 017-2388381 dengan mengemukakan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, No Telefon dan emel sekiranya ada.

Lokasi kursus adalah seperti peta dibawah: 

Untuk ke Dewan Serbaguna Presint 16, tuan-tuan dan puan-puan perlu melalui Persiaran Sultan Salahudin Abd Aziz Shah dan masuk ke Lebuh Perdana Selatan dan memasuki simpang ke Presint 16 

ataupun 

melalui Persiaran Timur dan masuk ke Lebuh Perdana Timur terus melalui ALAMANDA Putrajaya dan menghala ke Presint 16. Apabila tiba di Presint 16, ikut aran ke Kompleks Kejiranan Presint 16 iaitu terletak di bahagian belakang Stesyen Minyak Petronas, Eon Bank Bhd dan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16. Tempak letak kereta disediakan di bahagian bawah bangunan "basement". Sekiranya kurang kepastian, cari arah ke ALAMANDA Putrajaya dan Presint 16 adalah dibelakangnya. 

Pendaftaran peserta akan dibuka mulai pukul 8.30 pagi. Sekiranya terdapat masalah untuk mencari lokasi, sila hubungi saya di 017-2388381.

Sekian terima kasih. 

Saturday, January 17, 2009

Pendaftaran Kursus Bulan Mac 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi mengisi permintaan yang tinggi bagi Kursus Fertigasi, kami kini membuka pendaftaran untuk kursus yang akan diadakan pada bulan Mac 2009 seperti berikut:

KURSUS FERTIGASI WILAYAH TENGAH - PUTRAJAYA BIL 6/2009
Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 9 pagi - 5.30 petang
Tempat: Putrajaya
Bilangan Peserta : 20 Orang

KURSUS FERTIGASI WILAYAH TENGAH - PUTRAJAYA BIL 7/2009
Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 9 pagi - 5.30 petang
Tempat: Putrajaya
Bilangan Peserta: 20 orang




YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari)

Bilangan peserta dihadkan kepada 12 orang sahaja atas dasar siapa cepat (dengan pembayaran pendahuluan ).

Aturcara Program

8.30 pg Pendaftaran Peserta
9.00 pg Modul Teori
- Pengenalan
- Alatan Asas Fertigasi
- Pemilihan Benih Cili
- Penyediaan Anak Benih
- Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan
- Proses Penjagaan Pokok
- Proses Kutipan Hasil & Pemasaran
- Rumah Lindungan Hujan
10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)
11.00 pg Praktikal Pemasangan 1
1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)
2.30 ptg Praktikal Pemasangan 2
5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil
5.30 ptg Bersurai

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kasual (bukan formal), 30% Teori dan 70% praktikal. Kaedah ini dipilih atas permintaan ramai. Setiap peserta juga dikehendaki melibatkan diri dan memasang sendiri sistem fertigasi sehingga peringkat ujian operasi.

Di akhir program ini, peserta diharapkan dapat
- Memahami bagaimana teknologi Sistem Fertigasi berupaya membantu peserta dalam mengusahakan projek pertanian moden,
- Berupaya dan yakin dalam kerja-kerja pemasangan sistem,
- Berupaya memulakan projek cili fertigasi sama ada skala kecil atau besar,
- Memahami kaedah penjagaan tanaman.

Peserta juga akan dibekalkan setiap seorang untuk dibawa pulang
1- 5 polibeg beserta anak pokok cili yang dipindahkan sendiri oleh peserta,
2- 1 liter Baja Fertigasi AB bentuk cecair.
3- Manual Penjagaan Pokok Cili.

Tawaran Istimewa Set Mini DIY
Setiap peserta yang berminat adalah layak untuk mendapatkan Set Mini Fertigasi 10 DIY pada harga RM150. Tawaran sah hanya pada hari kursus sahaja dan "cash & carry".


Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu menghubungi saya melalui emel agrofastforward@yahoo.com.my atau telefon/sms : 017-2388381 untuk mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran deposit berjumlah RM50 (tidak dipulangkan) sebagai komitmen menghadiri kursus tersebut. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

CIMBClick : 1-60100-01025-058 : Mohd Faidzal Abu
Maybank 2U : 5-66010-10358-6 : Mohd Faidzal Abu

Setelah pembayaran deposit dilakukan sila sms/emel butiran pembayaran untuk semakan dan rekod beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, dan No Telefon. Baki RM150 perlu dibayar pada hari kursus. Resit pembayaran yuran kursus akan diberikan semasa pendaftaran nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan adalah diingatkan bahawa pendaftaran tempat adalah berdasarkan pembayaran yuran komitmen RM50 yang merupakan sebahagian dari yuran kursus. Hanya peserta yang telah membayar yuran komitmen akan didaftarkan. 

Bagi anda yang telah menghubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila buat pembayaran segera kerana sehingga pembayaran diterima, baru saya akan mendaftarkan nama sebagai peserta.

Kami memohon agar peserta memakai pakaian yang sesuai bagi aktiviti luar. Peserta wanita adalah digalakkan menggunakan seluar panjang bagi memudahkan aktiviti fizikal. Peserta juga digalakkan membawa topi atau payung. 

Bagi peserta yang ingin membuat sebarang pembelian sama ada peralatan atau Set Mini Fertigasi, sila maklumkan awal untuk memberi ruang kepada saya untuk menyediakan bahan yang diperlukan.

Sekian harap maklum.

Senarai Peserta Wilayah Tengah - Putrajaya Bil 5/2009

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan pendaftaran peserta bagi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah - Putrajaya Bil 5/2009 yang akan diadakan pada 28 Februari 2009 ditutup dan senarai peserta boleh disemak di SENARAI PESERTA.

Pihak AFFE dan Abi Agro mengucapkan selamat datang menghadiri kursus pada tarikh tersebut.

Kami memohon agar peserta memakai pakaian yang sesuai bagi aktiviti luar. Peserta wanita adalah digalakkan menggunakan seluar panjang bagi memudahkan aktiviti fizikal. 

Monday, January 12, 2009

PENDAFTARAN KURSUS FERTIGASI BIL 5/2009 DITUTUP

Assaslamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan, pendaftaran bagi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah Bil 5/2009 telah DITUTUP. Bagaimanapun, Kursus Fertigasi Wilayah Timur Bil 2/2009 pada 31 Januari 2009 di Tapak Fertigasi 1- Chenor, Maran Pahang dan Wilayah Utara Bil 3/2009 pada 7 Februari 2009 di Kg Abi, Perlis masih dibuka dan terdapat beberapa kekosongan lagi. Senarai peserta yang telah membuat pembayaran yuran komitmen RM50 bagi kursus yang telah ditutup akan dikemaskini tidak lama lagi. Pihak AFFE dan Abi Agro mengucapkan terima kasih di atas sambutan yang hangat ini.
Pihak AFFE dan Abi Agro akan memaklumkan tarikh kursus pada masa akan datang. Sehubungan itu, bagi anda yang masih berminat untuk menghadiri kursus tersebut, sila kunjungi blog ini dari semasa ke semasa.

Saturday, January 10, 2009

KURSUS FERTIGASI WILAYAH TENGAH-PUTRAJAYA BIL 5/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di atas permintaan yang tinggi, sukacita diumumkan bahawa AGRO Fast Forward Enterprise (Putrajaya/Pahang) dengan kerjasama ABI Agro (Perlis) akan mengadakan KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI BIL 5/2009 pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:

WILAYAH TENGAH (5/2009)
TARIKH : 28 Februari 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : No 12 Jalan P11 K/8 Presint 11, 62300 Putrajaya

Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Untuk keterangan lanjut mengenai kursus dan kaedah pendaftaran, sila klik SINI atau scroll ke posting sebelum ini.

KURSUS FERTIGASI WILAYAH TENGAH-PUTRAJAYA BIL 4/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran peserta bagi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah-Putrajaya pada 14 Februari 2009 telah ditutup. Sila rujuk senarai peserta DISINI

Pihak Agro Fast Forward Enterprise dan Abi Agro mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Kursus Fertigasi Wilayah Tengah - Putrajaya Bil 4/2009 pada 14 Februari 2009. Tuan-tuan dan Puan-puan akan dimaklumkan mengenai perkembangan kursus dari semasa ke semasa.

Thursday, January 8, 2009

Perkembangan Kursus Fertigasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak AFFE dan Abi Agro mengucapkan terima kasih di atas sambutan diluar jangkaan bagi kursus yang dianjurkan. Adalah dimaklumkan status terkini setakat 9 Januari 2009 bagi Kursus Fertigasi Anjuran AFFE dan ABI Agro seperti berikut:

Kursus Fertigasi Wilayah Tengah -Putrajaya Bil 1/2009 
pada 24 Januari 2009 telah penuh (12 peserta)

Kursus Fertigasi Wilayah Timur - Chenor, Pahang Bil 2/2009 
pada 31 Januari 2009 masih ada beerapa kekosongan lagi

Kursus Fertigasi Wilayah Utara - Perlis Bil 3/2009
pada 7 Februari 2009 masih ada beberapa kekosongan lagi

Kursus Fertigasi Wilayah Tengah - Putrajaya Bil 4/2009
pada 14 Februari 2009 telah penuh (10 peserta)

Kursus Fertigasi Wilayah Tengah - Putrajaya Bil 5/2009
pada 28 Februari 2009 Kini dibuka untuk pendaftaran