Wednesday, December 31, 2008

Senarai Peserta Kursus Fertigasi Wilayah Tengah-Putrajaya Bil 1/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut disenaraikan peserta yang telah membuat bayaran komitmen kehadiran RM50 untuk menghadiri Kursus Fertigasi Wilayah Tengah di Putrajaya pada 24 Januari 2009.

1.

Noor Hayati binti Che Meh (Ampang, Selangor)

2.

Che Anuar Bin Shahidin (Sentul, Kuala Lumpur)

3.

Mohd Azril Ahmad (Kuala Lumpur)

4.

Mohd Izwandi B Kamali  (Kapar, Klang)

5.

Zamrie bin Zakaria (Kapar, Klang)

6.

Mohd Izzuddin Zaini (Bangi, Selangor)

7.

Yazirruddin Md Som (Klang, Selangor)

8.

Yusof Kadikon(SeriKembangan, Selangor)

9.

Pitta Sham bin Ahmad Morshidi (Shah Alam, Selangor)

10.

Mohd Shamsul Farid B Samsudin (Serdang, Selangor)


Peserta Tambahan 
11. En Raja (Kelang)
12. Nor Hatul Syima binti Abdul Rahman (Shah Alam)

Pihak AFFE adn ABI Agro mengucapkan selamat datang ke Kursus Fertigasi Wilayah Tengah. Saya akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Sukacita dimaklumkan, setiap peserta akan menerima hadiah berupa sebotol Baja Foliar UGF Grow secara PERCUMA pada hari kursus nanti. Maklumat lanjut mengenai baja tersebut boleh diperolehi di http://affeperalatan.blogspot.com


Thursday, December 11, 2008

KURSUS FERTIGASI TAHUN 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berdasarkan maklumbalas yang diterima, sukacita diumumkan bahawa AGRO Fast Forward Enterprise(Putrajaya/Pahang) dengan kerjasama ABI Agro (Perlis) akan mengadakan KURSUS FERTIGASI pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:

WILAYAH TENGAH (1/2009)
TARIKH : 24 Januari 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : No 12 Jalan P11 K/8 Presint 11, 62300 Putrajaya

WILAYAH TIMUR (2/2009)
TARIKH : 31 Januari 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : Tapak Fertigasi 1, Chenor, Maran, Pahang

WILAYAH UTARA (3/2009)
TARIKH : 7 Februari 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : Kg Tengah Abi, Kangar, Perlis

WILAYAH TENGAH (4/2009)
TARIKH : 14 Februari 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : No 12 Jalan P11 K/8 Presint 11, 62300 Putrajaya

YURAN KURSUS : RM200 (termasuk minum pagi dan makan tengah hari)

Bilangan peserta dihadkan kepada 10 orang sahaja atas dasar siapa cepat (dengan pembayaran pendahuluan ).

Aturcara Program

8.30 pg Pendaftaran Peserta
9.00 pg Modul Teori
- Pengenalan
- Alatan Asas Fertigasi
- Pemilihan Benih Cili
- Penyediaan Anak Benih
- Penyediaan Baja Fertigasi & Pembajaan
- Proses Penjagaan Pokok
- Proses Kutipan Hasil & Pemasaran
- Rumah Lindungan Hujan
10.30 pg Rehat / Minum pagi (disediakan)
11.00 pg Praktikal Pemasangan 1
1.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari (disediakan)
2.30 ptg Praktikal Pemasangan 2
5.00 ptg Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Sijil
5.30 ptg Bersurai

Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan adalah berbentuk kasual (bukan formal), 30% Teori dan 70% praktikal. Kaedah ini dipilih atas permintaan ramai. Setiap peserta juga dikehendaki melibatkan diri dan memasang sendiri sistem fertigasi sehingga peringkat ujian operasi.

Di akhir program ini, peserta diharapkan dapat
- Memahami bagaimana teknologi Sistem Fertigasi berupaya membantu peserta dalam mengusahakan projek pertanian moden,
- Berupaya dan yakin dalam kerja-kerja pemasangan sistem,
- Berupaya memulakan projek cili fertigasi sama ada skala kecil atau besar,
- Memahami kaedah penjagaan tanaman.

Peserta juga akan dibekalkan setiap seorang untuk dibawa pulang
1- 5 polibeg beserta anak pokok cili yang dipindahkan sendiri oleh peserta,
2- 1 liter Baja Fertigasi AB bentuk cecair.
3- Manual Penjagaan Pokok Cili.

Tawaran Istimewa Set Mini DIY
Setiap peserta yang berminat adalah layak untuk mendapatkan Set Mini Fertigasi 10 DIY pada harga RM150. Tawaran sah hanya pada hari kursus sahaja dan "cash & carry".

Lain-lain Peralatan
Peserta juga boleh membeli peralatan fertigasi seperti polibeg, dripper, tube, dll bergantung kepada stok sedia ada.

Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu menghubungi saya melalui emel agrofastforward@yahoo.com.my atau telefon/sms : 017-2388381 untuk mengesahkan penyertaan dan membuat pembayaran deposit berjumlah RM50 (tidak dipulangkan) sebagai komitmen menghadiri kursus tersebut. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

CIMBClick : 1-60100-01025-058 : Mohd Faidzal Abu
Maybank 2U : 5-66010-10358-6 : Mohd Faidzal Abu

Setelah pembayaran deposit dilakukan sila sms/emel butiran pembayaran untuk semakan dan rekod beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat, dan No Telefon. Baki RM150 perlu dibayar pada hari kursus. Resit pembayaran yuran kursus akan diberikan semasa pendaftaran nanti.